MONEY BACK GUARANTEE AFYAA

Program ‘Money Back Guarantee’ (MBG) AFYAA

Terma & Syarat penuh

Dalam Program ‘Money Back Guarantee’ (MBG) ini:

  1. "AFYAA", "kami" merujuk kepada Trader2U Sdn. Bhd. (201301011103(1040940-U)) (anak syarikat di bawah Wellous Group).
  2. "Produk/Produk-produk" merujuk kepada produk khusus yang ditawarkan di bawah Program MBG oleh AFYAA.

Dengan menyertai Program MBG ini, Pelanggan bersetuju dan menerima terma dan syarat Program MBG ini. AFYAA berhak untuk meminda, menggantung atau menamatkan Program MBG ini atau polisi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

1. Apakah Program MBG ini?

Program MBG ini membolehkan pelanggan yang layak dan telah menggunakan produk serta tidak berpuas hati, untuk membuat permohonan pemulangan wang (refund), tertakluk kepada terma dan syarat Program MBG ini.

2. Apakah produk yang layak untuk Program MBG ini?

AFYAA Hayyiba atau AFYAA Sahiyya+ ("Produk").

3. Siapakah pelanggan yang layak dan apakah kelayakannya?

Pelanggan yang telah membeli pakej berkembar (bundle) 3 bulan:

Pakej (Bundle)PenggunaanPemulangan Wang Program MBG
(a) Pakej 3 bulan AFYAA Hayyiba - 6 botol (2 botol sebulan x 3)2 bulan AFYAA Hayyiba - 4 botolMemulangkan 2 botol AFYAA Hayyiba yang belum dibuka
(b) Pakej 3 bulan AFYAA Sahiyya+ - 6 botol (2 botol sebulan x 3)2 bulan AFYAA Sahiyya+ - 4 botolMemulangkan 2 botol AFYAA Sahiyya+ yang belum dibuka

4. Bilakah saya boleh membuat permohonan pemulangan wang?

Pelanggan hanya boleh membuat permohonan pemulangan wang selepas enam puluh (60) hari tetapi sebelum tamat tempoh sembilan puluh (90) hari dari tarikh penghantaran Produk. Sebarang permohonan di luar tempoh yang dinyatakan tidak akan dilayan.

5. Apakah proses untuk membuat tuntutan pemulangan wang?

Untuk pengesahan permohonan pemulangan wang Pelanggan:

Pelanggan perlu menghantar e-mel kepada kami di support@afyaa.com dan mesti menyertakan kepada AFYAA:

  1. bukti pembelian yang memaparkan:
    1. tarikh transaksi;
    2. jumlah transaksi;
    3. ID Pesanan/Transaksi; dan
  2. foto dan/atau video produk yang ingin dipulangkan.

Setelah pengesahan permohonan Pelanggan dibuat:

  1. Sebaik sahaja AFYAA mengesahkan permohonan Pelanggan, atas kos Pelanggan sendiri, Pelanggan hendaklah memulangkan produk yang belum dibuka, dalam keadaan asal, dengan tag/meterai/label dan/atau pembungkusan asal yang masih sempurna kepada AFYAA bersama pembungkusan asal dan semua bahagian atau aksesori yang disertakan (jika ada) ("Produk Dipulangkan") dalam tempoh tujuh (7) hari dari pengesahan kami. Pelanggan boleh memilih untuk menghantar sendiri dan/atau mengepos/menghantar produk ke lokasi yang ditetapkan oleh AFYAA. Semua kos, caj dan/atau yuran bagi penghantaran produk yang dipulangkan hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh Pelanggan.
  2. Apabila Produk Dipulangkan diterima, tertakluk kepada pemeriksaan dan penerimaan AFYAA, AFYAA akan membuat pemulangan wang kepada Pelanggan dalam tempoh empat belas (14) hari kerja dari notis penerimaan Produk Dipulangkan melalui mod pembayaran asal. Bagi pembayaran Tunai Semasa Penghantaran (COD), pemulangan wang akan dibuat tertakluk kepada Pelanggan memberikan maklumat perbankan yang betul dan tepat kepada AFYAA tepat pada waktunya apabila diminta.

6. Adakah saya akan mendapat pemulangan wang penuh untuk Produk?

Tertakluk kepada terma dan syarat Program MBG ini, AFYAA hanya akan memulangkan nilai Produk Dipulangkan yang belum dibuka kepada Pelanggan selepas mengambil kira sebarang penolakan (jika ada) bagi caj pengendalian, susut nilai, atau caj yang munasabah yang ditanggung oleh AFYAA untuk permohonan tersebut. Semua penolakan yang dibuat adalah atas budi bicara mutlak AFYAA.

7. Bolehkah saya membuat tuntutan bagi pihak ahli keluarga atau rakan saya?

TIDAK. Pelanggan mestilah pembeli asal Produk yang dibeli melalui saluran rasmi yang diiktiraf oleh AFYAA.

8. Berapakah bilangan tuntutan yang boleh saya buat?

Satu tuntutan bagi setiap pelanggan, isi rumah, atau alamat, dan terhad kepada tuntutan pertama Pelanggan sahaja.

9. Bilakah/Bagaimanakah saya tidak layak untuk membuat tuntutan?

  1. Produk dibeli daripada penjual atau pengedar pihak ketiga yang tidak diiktiraf;
  2. Pelanggan tidak mengonsumsi Produk seperti yang ditetapkan atau telah menyalahgunakan Produk;
  3. Produk dibeli untuk tujuan komersial;
  4. Produk Dipulangkan telah dibuka dan/atau tag/meterai/label dan/atau pembungkusan asal telah rosak atau diubah;
  5. Pembungkusan Produk Dipulangkan terjejas, kemek, atau rosak;
  6. Produk Dipulangkan ialah barangan komplimentari, hadiah percuma, atau barangan promosi percuma;
  7. Pelanggan pernah membuat tuntutan di bawah Program MBG ini sebelum ini;
  8. Maklumat dan/atau bukti yang diperlukan dan diberikan oleh Pelanggan adalah tidak lengkap.

AFYAA atas budi bicaranya berhak menolak/menafikan sebarang tuntutan yang tidak memenuhi terma dan syarat Program MBG ini atau apabila tuntutan didapati tidak tulen, walaupun syarat kelihatan telah dipenuhi. Keputusan AFYAA adalah muktamad.

10. Bolehkah pemulangan wang dibuat ke akaun pihak ketiga?

Pemulangan wang hanya akan dibuat melalui mod pembayaran asal. Tiada pemulangan wang akan dibuat ke akaun luar negara atau akaun pihak ketiga. AFYAA juga tidak akan melayan pemulangan wang ke kaedah pembayaran alternatif. Yuran penghantaran, caj penghantaran, dan yuran pemprosesan pihak ketiga tidak boleh dipulangkan.

11. Jika saya tidak layak untuk pemulangan wang, apa yang akan berlaku kepada Produk Dipulangkan?

Produk Dipulangkan akan dikembalikan kepada Pelanggan atas kos Pelanggan sendiri. Sebarang Produk Dipulangkan yang tidak dituntut akan dilupuskan selepas empat belas (14) hari tanpa sebarang pampasan.

← Kembali

AFYAA · 1-1, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57000 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur · www.afyaa.com